Latar Belakang


DSC00871DSC00867KAMPUNG USAHAJAYA, KINABATANGAN. SABAH

SEJARAH KAMPUNG

Gerakan Daya Wawasan (GDW)  Kg.Usaha Jaya terletak di pertengahan perjalanan ke pekan Bukit Garam dengan Pekan Kota Kinabatangan di Daerah Kinabatangan, iaitu kira–kira 82 Kilometer dari bandar Sandakan. Berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N.47 Kuamut dan Parlimen 187 Kinabatangan.

Kampung ini mempunyai sejarah yang unik. Pada awal tahun 1950an, kampung ini merupakan satu kawasan pembalakan di hilir Kinabatangan. Jalan–jalan pembalakan pada masa itu telah menjadi asas kepada jalan raya yang ada pada masa sekarang. Sekitar tahun 1960-an penduduk tempatan khasnya dari Lamag telah meneroka kawasan ini, penduduk tertumpu di Pekan Bukit Garam.

Pada tahun 1976, Pejabat Daerah Kinabatangan telah menyusun semula penempatan dengan melibatkan pembahagian lot-lot tanah kerajaan kepada penduduk yang terlibat di sepanjang jalan sejauh 12.88 Kilometer. Kawasan ini dikenali sebagai ‘Peringkat Satu’. Setahun kemudian Pihak Jawatankuasa penempatan telah menetapkan cadangan untuk membahagikan kawasan tersebut kepada lapan buah kampung. Dengan itu wujudlah Kampung Usaha Jaya yang merangkumi 90 lot tanah.


Daftar Penduduk:

Peta Kedudukan Kampung
Rekod Perkhidmatan Pemimpin:
  JKKK












                                        
Ketua Kampung


Kemudahan Asas



Info Kegunaan Tanah

No comments:

Post a Comment